Bahagian Khidmat Pengurusan adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Perkhidmatan Veterinar dan khusus untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di Unit Pentadbiran Am, Aset, dan Unit Kewangan dan Akaun bagi memenuhi fungsi Bahagian supaya pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur.
FUNGSI BAHAGIAN
Memberi khidmat nasihat dari segi peraturan kewangan kepada semua bahagian.
Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengesan semua peruntukan belanjawan mengurus
Mengendalikan semua urusan Perkhidmatan Kewangan seperti pembayaran gaji, urusan stor dan lain-lain.